Astafirullah!!! Sudah
dekatkah, ini tanda-tanda kiamat menurut beberapa hadist...
Assalamualaikum
warohmatullohi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah
atas berbagai macam nikmat yang Allah berikan.
Kabar angin : Shalawat dan
salam atas suri tauladan kita Nabi Muhammad shallallahu'alaihi wa sallam kepada
keluarganya dan para pengikutnya. Pada kali ini kabar angin akan menyampaikan
sebagian besar tanda-tanda kiamat yang ditakuti seluruh alam semesta ini.
Tanda-tanda Kiamat
merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula
dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.
Tanda- Tanda kiamat kecil Didapati kini bahawa
seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan
dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim,
Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
1.
Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b.
Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku
menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah
satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari ”
2.
Zina bermaharajalela “ "Dan tinggallah
manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar
(keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih
Muslim ”
3.
Bermaharajalela alat muzik “ Pada
akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada
yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”
4.
Menghias masjid dan membanggakanny “ Di antara tanda-tanda
telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan
masjid" - Riwayat Nasai. ”
5.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan
dengan tetangga tidak baik“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan
dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”
6.
Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan
kedudukan
7.
Ramai orang soleh meninggal dunia“ Tidak akan
datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli
agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang
hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran - Riwayat Ahmad ”
8.
Orang hina
mendapat kedudukan terhormat “ Di antara
tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin
Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”
9.
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya
sahaja "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”
10.
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang “ Diriwayatkan dari Abu
Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan
muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang." ”
11. Banyak
dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita “ Pada akhir zaman akan
muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh
bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”
Sepuluh Besar Tanda-tanda
Kiamat
Daripada Huzaifah bin Asid
Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada
waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu
perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari
qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat
sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian
beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari
tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj,
tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di
Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri
Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(H.R
Muslimi)
Sepuluh tanda-tanda qiamat
yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang
besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.Sepuluh tanda itu
ialah:
1.
Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan
penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan
mematikan semua orang kafir.
2.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan
meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa
di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka
pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak
menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi
ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa
itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang
Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6.
Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat
kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan
dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul
Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7.
Gempa bumi di Timur.
8.
Gempa bumi di Barat.
9.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang
akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah
negeri Yaman.
ingatlah saudaraku,
kekasih allah subhana wa ta'ala hadith antabi kita tercinta pernah mengingatkan
kita akan hari akhir..
Demikianlah pembahasan
kali ini semoga bermanfaat dan dapat menjadi bahan renungan kita untuk
meningkatkan lagi ibadah kita. Amin ya robbal alamin. Akhir kata wasallam.
0 Response to "Astafirullah!!! Sudah dekatkah, ini tanda-tanda kiamat menurut beberapa hadist... "
Post a Comment